27.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lebih 200,000 pencarum KWSP cukup simpanan asas pada 55 tahun

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Dewan Negara hari ini diberitahu terdapat 227,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 dalam Akaun 1 menjelang usia 55 tahun, setakat Februari lepas.

    Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bilangan itu yang berumur antara 50 hingga 54 tahun mewakili 41 peratus daripada jumlah keseluruhan pencarum KWSP iaitu seramai 551,000 pencarum.

    Selain itu, beliau memaklumkan seramai 604,000 ahli membuat caruman secara sukarela untuk menambah tabungan mereka, dengan jumlah caruman kira-kira RM8.42 bilion tahun lepas.

    "Ahli juga boleh memilih dan bekerjasama dengan majikan untuk menambah caruman kerana ini menjadi satu daya tarikan syarikat dengan menolong pekerja untuk menambah caruman," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

    MENARIK:  Cuepacs nasihat penjawat awam tolak hadiri majlis ada arak

    Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Senator Mohd Hasbie Muda berkenaan jumlah pencarum KWSP berusia melebihi 50 tahun pada tahun ini yang mempunyai simpanan mencukupi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah