30 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video latihan simulasi: Orang ramai dinasihat tidak panik – polis

    Shopee Sale

    Polis Johor melaksanakan latih amal simulasi gemparan am di seluruh balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri itu bermula 2 Julai lepas hingga 5 Ogos depan.

    Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata latih amal simulasi itu dilaksanakan mengikut Perintah Tetap Ketua Polis Negara bagi meningkatkan keberkesanan peranancangan dan tindakan pasukan keselamatan itu di negeri berkenaan dalam mendepani situasi ancaman keselamatan serta ketenteraman awam.

    "Latih amal simulasi ini juga bertujuan memastikan semua pegawai dan anggota Polis Johor dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi situasi krisis.

    "Sehubungan itu, orang ramai dinasihat supaya tidak panik dan terpengaruh dengan khabar angin serta video latih amal yang ditularkan di media sosial," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Puad nasihati Akmal: Melawan DAP tidak perlu sepenuh masa

    Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita palsu berkaitan latih amal simulasi itu kerana ia boleh mendatangkan kegusaran dan mengganggu-gugat ketenteraman awam.

    Terdahulu, tular video berdurasi 13 saat memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata menyerang Balai Polis Pekan Nanas di bawah IPD Pontian pada Khamis lepas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah