24.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Video bincang rasuah: SPRM perlu siasat walau siapa pun terlibat – AMK

    Shopee Sale

    Pemuda PKR (AMK) berharap SPRM akan menyiasat pendedahan seorang pemberi maklumat yang mendakwa memiliki video memaparkan beberapa Adun membincangkan penerimaan rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit, tanpa mengira pihak mana yang terlibat.

    Ketua AMK Adam Adli Abd Halim berkata amalan rasuah seumpama itu tidak boleh dilindungi.

    “Kami meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa, khususnya SPRM, untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuk menyiasat dan memulakan pendakwaan berkaitan perkembangan yang dilaporkan ini dengan seadil-adilnya, tanpa mengira pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurutnya, amalan rasuah akan terus menggagalkan usaha kerajaan dalam membangunkan negara.

    Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa ia melihat lapan video, setiap satu memaparkan Adun berbeza, yang didakwa menerima ratusan ribu ringgit untuk menyokong permohonan sebuah syarikat untuk projek di negeri mereka.

    Perbincangan dalam video itu melibatkan ahli perniagaan, yang wajahnya tidak kelihatan, meminta ahli politik, termasuk mereka yang memegang jawatan kanan, memulangkan wang itu kerana lesen untuk projek itu telah dibatalkan.

    Malaysiakini tidak mendedahkan identiti ahli politik dalam video atas permintaan pemberi maklumat.

    MENARIK:  Mat Sabu seru orang Melayu tinggalkan politik perkauman

    Hari ini, Malaysiakini melaporkan pemberi maklumat tersebut mengaku dia bimbang mengenai keselamatannya dan mahukan jaminan dia akan dilindungi sebelum membuat laporan rasmi kepada SPRM.

    Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan peguam kepada pemberi maklumat itu menunjukkan sebahagian audio daripada video tersebut kepada pihaknya.

    Namun, dia berkata laporan rasmi perlu dibuat terlebih dahulu sebelum proses perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dapat dimulakan.

    Tiada sebab tak boleh lindung

    Mengulas perkara itu, Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh berkata tiada sebab untuk SPRM tidak memberi perlindungan kepada pemberi maklumat itu.

    “Sekali lihat, video tersebut kelihatan tulen dan justeru, pendedahan itu tidak kelihatan seperti semberono.

    “Maka, nampaknya tiada sebab untuk SPRM menggunakan budi bicaranya dalam menarik balik kekebalan kepada pemberi maklumat itu, yang dapat membolehkan kes itu disiasat secara cekap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Katanya lagi, jika SPRM tidak memberi perlindungan kepada pemberi maklumat, ia boleh menimbulkan tanggapan yang suruhanjaya itu tidak dapat membanteras rasuah ekoran pelbagai kekurangan dalam undang-undang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah