33.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ventilator rosak: Pharmaniaga setuju bayar balik RM16.7 juta pada k’jaan

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memaklumkan Pharmaniaga bersetuju untuk membayar balik kira-kira RM16.7 juta kepada kerajaan untuk 104 buah ventilator rosak yang dibeli dari China pada 2020.

    Menurut laporan PAC yang dikeluarkan hari ini, subsidiari Pharmaniaga iaitu Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB) setuju secara prinsip berkenaan perkara itu dalam mesyuarat bersama wakil kerajaan pada 29 Februari lalu.

    Susulan itu, Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata pihaknya kini berpuas hati dengan respons Kementerian Kesihatan (KKM) atas syor yang dibuat jawatankuasa.

    "PAC berpuas hati dengan tindakan KKM yang telah mendapatkan bayaran balik berjumlah RM16,785,910.95 bagi 104 unit ventilator yang tidak berfungsi.

    "Tindakan KKM ini selaras dengan syor ketiga Laporan PAC DR.11/2023 iaitu KKM perlu segera menyemak status waranti bagi kesemua 136 unit peralatan ventilator dan memastikan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.

    "Justeru, PAC mencadangkan supaya wang berkenaan diguna dan ditambah oleh Kementerian Kewangan bagi memastikan ketersediaan peralatan ventilator di seluruh hospital Kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  ‘Pembangkang tak sokong pun belanjawan, tetapi minta berjela-jela’

    Ventilator tersebut dibeli ketika kemuncak penularan wabak Covid-19 pada 2020.

    Selepas membayar RM20.1 juta untuk ventilator tersebut, KKM mendapati 104 unit tidak dapat digunakan atas pelbagai sebab.

    Namun, ekoran tiadanya perjanjian kontrak yang ditandatangani antara KKM dan Pharmaniaga Bhd - yang membuat bayaran pendahuluan - PAC berkata tiada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah