27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umno, Umno S'gor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC

    Shopee Sale

    Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa selama seminggu kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman yang difailkan oleh SRC International Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya berhubung dakwaan menerima RM19.5 juta daripada syarikat-syarikat itu pada 2015.

    Hakim Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam Mohamed Shahrul Fazli Kamarulzaman yang mewakili UMNO, dan Datuk Hasnal Rezua Merican, yang mewakili UMNO Selangor.

    Perkara ini tidak dibantah oleh peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili plaintif (SRC, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd).

    “Seperti yang kami maklumkan kepada Yang Arif, rundingan penyelesaian sedang dijalankan dan kami memohon beberapa hari lagi sehingga 27 Nov,” kata Razlan.

    MENARIK:  Namewee dibebaskan daripada pertuduhan ambil dadah

    Mahkamah kemudian menetapkan 27 Nov bagi pihak-pihak berkenaan untuk mengemas kini status penyelesaian.

    Plaintif memfailkan dua saman itu pada Mei 2021, dengan yang pertama ialah mendapatkan semula RM16 juta yang dikatakan dipindahkan kepada UMNO.

    Ketiga-tiga mereka (plaintif) mendakwa bahawa UMNO tahu, atau sepatutnya tahu, bahawa wang itu adalah milik SRC, dan UMNO tidak mempunyai asas untuk menerima dana itu.

    Saman kedua merujuk kepada usaha mendapatkan semula RM3.5 juta daripada UMNO Selangor, jumlah yang mereka dakwa telah diterima secara salah oleh parti itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah