28 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tuntutan palsu RM2 juta: Bekas CEO yayasan, pengerusi NGO direman 5 hari

    Shopee Sale

    Bekas CEO sebuah yayasan milik institusi perbankan dan pengerusi sebuah NGO direman lima hari hingga 31 Ogos ini kerana dipercayai terlibat dalam kes tuntutan palsu berjumlah lebih RM2.1 juta.

    Kenyataan SPRM hari ini memaklumkan kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 50-an itu ditahan di ibu pejabat agensi antirasuah berkenaan sekitar 5 petang hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

    "Berdasarkan siasatan awal, kedua-dua suspek dipercayai telah bersubahat dengan memperaku dan mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan peruntukan kepada sebuah yayasan berjumlah lebih RM2.1 juta.

    MENARIK:  Akta antibuli 2026 letak tanggungjawab bersama kepada ibu bapa

    "Tuntutan itu melibatkan bantuan di bawah tabung pendidikan sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sebagaimana dalam permohonan," menurut kenyataan itu.

    Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Terdahulu, SPRM memaklumkan majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan kedua-dua suspek direman selepas permohonan dibuat pagi tadi.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah