25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tuntut subsidi diesel: Pemandu trak tunda mogok 3 hari mulai esok

    Shopee Sale

    Perkhidmatan trak tunda dijangka terganggu selama tiga hari bermula esok apabila pengusaha merancang untuk melancarkan mogok bagi mendesak kerajaan menyediakan subsidi diesel.

    Harian Metro melaporkan syarikat insurans Zurich Takaful memaklumkan Lembah Klang antara kawasan paling terjejas dengan mogok itu, selain berpotensi memberi kesan ke negeri lain.

    Syarikat itu berkata waktu operasi trak tunda dalaman akan dilanjutkan bagi membantu pelanggan sepanjang gangguan tersebut manakala perkhidmatan berjadual akan diteruskan bergantung kepada ketersediaan.

    Ia turut menyatakan pelanggan boleh mengatur perkhidmatan tunda melalui pihak ketiga dan membuat tuntutan bayaran balik mengikut terma serta syarat yang ditetapkan.

    MENARIK:  Israel serang Lubnan

    Sementara itu, Persatuan Wakil Takaful Am Muslim (Perwatam) menggesa kerajaan segera menambah baik mekanisme subsidi diesel, dengan memberi amaran sokongan dasar yang lebih realistik diperlukan bagi memastikan industri trak tunda tidak lumpuh.

    Presidennya Khairi Anuar Ahmad dipetik Harian Metro berkata sokongan dasar yang lebih realistik amat diperlukan bagi memastikan industri trak tunda terus beroperasi.

    "Perwatam menegaskan bahawa tindakan segera tanpa kompromi perlu dilaksanakan oleh semua pihak.

    "Sebarang kelewatan lanjut adalah tidak boleh diterima dan hanya akan memburukkan keadaan serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap sistem perlindungan insurans dan takaful di Malaysia," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah