33.3 C
Kuala Lumpur
Monday, August 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tune Protect: Buat tuntutan kelewatan penerbangan sewajarnya

    Shopee Sale

    Tune Protect Group Bhd, penyedia insurans perjalanan eksklusif AirAsia, memberi sokongan kepada penumpang yang terjejas ekoran gangguan teknologi maklumat (IT) global baru-baru ini.

    Syarikat itu menjelaskan pihaknya ingin memastikan penumpang AirAsia yang telah membeli Insurans Perjalanan AirAsia atau Insurans AirAsia MOVE menerima bantuan yang mereka perlukan dalam tempoh mencabar ini.

    “Syarikat memahami kesulitan dan kekecewaan yang timbul akibat gangguan itu.

    “Penumpang AirAsia yang telah membeli Insurans Perjalanan AirAsia atau Insurans AirAsia MOVE yang terjejas ekoran kelewatan penerbangan semasa tempoh ini digalakkan untuk menyemak semula polisi perlindungan mereka dan mengemukakan tuntutan kelewatan penerbangan sewajarnya,” menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

    Tune Protect memaklumkan tuntutan kelewatan penerbangan itu bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan.

    MENARIK:  ULASAN | Naik turun anak Pontian ke Dewan Rakyat

    “Sebagai rakan kongsi insurans eksklusif AirAsia, Tune Protect memberikan komitmen untuk membantu penumpang mereka pada masa-masa memerlukan,” tambahnya.

    Layari atau hubungi 03-2056 6200 untuk maklumat lanjut mengenai tuntutan atau untuk mendapatkan khidmat pelanggan Tune Protect.

    Pada Jumaat lepas, institusi utama, termasuk syarikat penerbangan, bank, saluran media dan hospital di beberapa negara, dilaporkan terjejas berikutan gangguan IT global yang dikaitkan dengan CrowdStrike.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah