29 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tumpu perkuat Umno, usah terlalu fikir pemilihan parti – Zahid

    Shopee Sale

    Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua ahli memfokus kepada usaha memperkuat parti berbanding terlalu memikirkan cadangan untuk mengembalikan sistem lama dalam pengundian akan datang.

    Beliau berkata bagi meminda sistem atau peraturan sedia ada yang memberi peluang ahli parti di seluruh negara memilih kepimpinan tertinggi, perkara tersebut perlu dibawa ke Perhimpunan Agung Khas.

    "Pemilihan Umno akan dibuat pada 2026 dan ada tempoh dua tahun lagi tetapi perkara ini perlu dibawa ke Perhimpunan Agung Khas kerana melibatkan pindaan perlembagaan, kalau sekadar peraturan ia akan dibawa dalam Majlis Tertinggi (MT).

    "Namun janganlah kita terlalu fikirkan soal pengundian parti. Saya berharap semua kepimpinan di peringkat nasional hingga cawangan tumpukanlah kepada kerja-kerja memperkuat parti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Mersing di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Mersing hari ini.

    Turut hadir Ahli MT Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno Bahagian Mersing Mohd Youzaimi Yusof.

    Ahmad Zahid, yang juga Pengerusi Barisan Nasional, berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah portal mengenai cadangan agar Umno kembali kepada sistem lama yang memberi hak mengundi kepada 2,500 perwakilan pada pengundian parti melibatkan jawatan tertinggi di peringkat pusat.

    MENARIK:  'Terkilan dia pergi kerana cuba selamatkan saya'

    Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga meminta ahli parti agar menghormati pandangan Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah bahawa DAP tidak perlu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, yang berlangsung 17 Ogos ini.

    Beliau juga berkata hasrat Johor melancarkan sekolah rintis mulai 2025 bagi mencorakkan masa depan pendidikan Bangsa Johor adalah inisiatif yang baik dan harus mendapat sokongan kerajaan pusat.

    Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berhasrat melaksanakan inisiatif itu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor selari dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang menekankan kepentingan pendidikan berkualiti.

    Beliau berkata sekolah itu akan menumpukan penguasaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik serta Bahasa Inggeris dan sebagai permulaan, projek tersebut melibatkan dua sekolah rendah serta dua sekolah menengah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah