27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tugas besar pastikan Anwar kekal PM bagi penggal kedua’

    Shopee Sale

    Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang, mengingatkan cabaran besar yang menanti parti itu, terutamanya misi untuk memastikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim, kekal sebagai perdana menteri bagi penggal kedua.

    Dalam satu hantaran di Facebook malam tadi, Chang menyeru ahli parti itu supaya bersatu dan bergerak ke hadapan selepas berakhirnya pengundian parti.

    "Tugas besar menanti kita semua. Mengukuhkan PKR di semua peringkat. Menawan lebih banyak kerusi dalam pilihanr raya negeri yang akan datang dan memastikan kemenangan besar dalam PRU16, demi mempertahankan mandat rakyat dan mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk penggal kedua," tulisnya.

    Chang, yang berjaya dipilih semula sebagai Naib Presiden, turut mengingatkan bahawa kemenangan dan kekalahan dalam pengundian parti adalah sebahagian daripada proses demokrasi.

    "Tidak ada pemimpin akan tinggalkan perjuangan besar ini hanya kerana keputusan pengundian tidak berpihak pada mereka. Yang penting, parti bertanggungjawab mengendalikan sistem pengundian yang telus, adil dan berintegriti.

    "Ini bukan soal individu. Ini soal masa depan parti. Soal negara dan saya komited untuk terus bekerja dan berjuang,” tambahnya.

    MENARIK:  Peguam Pamela Ling pantau perkembangan siasatan polis

    Pemilihan parti tahun ini menyaksikan Rafizi Ramli tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden kepada Nurul Izzah Anwar, anak kepada Anwar . Langkah itu mengundang tuduhan amalan nepotisme dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam parti.

    Proses pengundian itu sendiri turut tidak terlepas daripada kritikan, apabila ia dicemari dakwaan penyelewengan dan politik wang.

    Di tengah kekalutan tersebut, para pemerhati melahirkan kebimbangan bahawa PKR – yang suatu ketika dahulu menjadi simbol penentangan dan reformasi – kini telah menyimpang daripada asas perjuangan asalnya.

    Parti yang lahir daripada gelombang gerakan reformasi itu dibina atas prinsip keadilan, kebertanggungjawaban, dan iltizam untuk menentang autoritarianisme. Namun hari ini, para pengkritik berpendapat, prinsip-prinsip itu semakin terhakis akibat kepentingan politik jangka pendek dan unsur politik dinasti.

    Selepas kekalahannya, Rafizi – yang dijangka akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi – menegaskan bahawa jawatan dalam kerajaan bukanlah keutamaan dalam usaha membawa reformasi, sambil menyatakan bahawa perubahan perlu datang daripada masyarakat sendiri.

    Dia turut menegaskan bahawa idealisme PKR tidak bergantung kepada Anwar semata-mata kerana pemimpin datang dan pergi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah