32.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan peranang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Pada Isnin, Trump menandatangani perintah yang mengarahkan jabatan serta agensi kerajaan AS untuk tidak lagi memperoleh atau menggunakan straw kertas pada masa hadapan.

    Pasukannya juga ditugaskan untuk merangka strategi nasional bagi menamatkan penggunaan straw kertas, selain memansuhkan garis panduan yang merugikan penggunaan penyedut plastik.

    "Barang ini langsung tidak berfungsi. Kalau digunakan untuk minuman panas, ia tak tahan lama, kadang-kadang hanya beberapa minit, malah ada yang hanya bertahan beberapa saat.

    "Situasi ini tidak masuk akal, jadi kita akan kembali kepada penyedut plastik. Saya fikir itu tidak mengapa," katanya.

    Barangan plastik sekali guna seperti cawan minuman, peralatan makan dan penyedut minuman dianggap berbahaya kepada alam sekitar kerana kebanyakannya berakhir di lautan.

    MENARIK:  Tei balas Lim: Rasa kau 'kecut' nak lawan Anwar

    Sebagai perbandingan, Kesatuan Eropah mengharamkan penjualan straw plastik sejak pertengahan 2021.

    Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebanyak 9.2 bilion tan plastik dihasilkan sejak 1950-an — bersamaan dengan berat kira-kira 910,000 Menara Eiffel.

    Sebahagian besar daripadanya tidak boleh terurai secara semula jadi dan akhirnya menjadi sisa di tapak pelupusan atau mencemari lautan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah