27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump: Ada berita baik pasal Gaza

    Shopee Sale

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata terdapat “berita baik” mengenai Gaza ketika beliau bersiap sedia untuk bertemu Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim bin Jaber Al Thani di Rumah Putih, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    “Kita ada beberapa berita baik mengenai Gaza dan juga berita baik berkaitan beberapa perkara lain yang sedang kita usahakan pada peringkat tertinggi. Tetapi anda telah melakukan tugas yang cemerlang,” kata Trump kepada utusannya bagi Timur Tengah, Steve Witkoff, semasa majlis menandatangani rang undang-undang di Rumah Putih.

    Trump tidak memberikan butiran lanjut, namun kenyataan itu dibuat ketika beliau bersedia menjadi tuan rumah untuk Sheikh Mohammed dalam satu majlis makan malam di Rumah Putih.

    Majlis makan malam itu kini disenaraikan sebagai tertutup kepada media, namun majlis seumpamanya sebelum ini pernah dibuka untuk liputan media bagi kenyataan ringkas.

    Majlis berkenaan berlangsung ketika rundingan untuk mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza yang dikepung masih diteruskan.

    Media Israel pada Selasa melaporkan bahawa terdapat “kemajuan dramatik” dalam tempoh 24 jam lalu dalam rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas yang sedang berlangsung di Qatar.

    MENARIK:  Umno cari pendekatan tangani isu jenayah, masalah sosial - Zahid

    Rundingan itu bermula pada 6 Julai di ibu negara Qatar, Doha, dengan usaha untuk mencapai persetujuan termasuk gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara kedua-dua pihak.

    Sejak 7 Okt 2023, Israel melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran di Gaza yang telah meragut hampir 58,500 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

    Lebih 10,000 masih dilaporkan hilang, manakala ratusan ribu lagi kehilangan tempat tinggal, di tengah-tengah krisis kebuluran yang meluas.

    Israel menganggarkan kira-kira 50 tebusan masih ditahan di Gaza, 20 daripadanya disyaki masih hidup.

    Sebaliknya, Israel menahan lebih 10,800 rakyat Palestin di penjaranya, kebanyakannya dilaporkan mengalami penyeksaan, kebuluran dan pengabaian perubatan, menurut pertubuhan hak asasi manusia Palestin dan Israel.

    Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas jenayah peranang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

    Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa susulan peranang di wilayah itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah