32.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tom Cruise tinggalkan kediaman mewah di London

    Shopee Sale

    GLOBAL |  Bintang Hollywood, Tom Cruise, dilaporkan berpindah keluar dari kediaman mewahnya di London susulan kebimbangan mengenai keselamatan yang semakin meningkat, lapor Anadolu Ajansi.

    The Daily Express melaporkan pelakon berusia 63 tahun itu memutuskan untuk meninggalkan kawasan Knightsbridge berikutan kejadian rompakan ganas pada waktu siang di Bucherer Rolex Boutique yang terletak berhampiran tempat tinggalnya.

    Dalam kejadian itu, sekumpulan geng motosikal didakwa menggunakan parang untuk menghalang kakitangan keselamatan, selain memecahkan kaca kalis pecah menggunakan tukul dan peralatan khas.

    Kira-kira 20 jam tangan mewah dicuri dalam serbuan yang hanya mengambil masa tiga minit sebelum mereka melarikan diri.

    MENARIK:  Adun Sabah cadang perasuah ditembak mati

    Sumber yang dipetik oleh Daily Express berkata insiden tersebut mengukuhkan keyakinan Cruise bahawa keselamatan di kawasan tersebut telah merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Laporan sama menambah, petugas dilihat mengeluarkan kotak dari kediaman Cruise sejurus selepas pemergian mendadak pelakon terbabit.

    Knightsbridge dan kawasan berdekatan, Belgravia, sering berhadapan dengan masalah jenayah berkaitan motosikal (moped).

    Data Polis Metropolitan menunjukkan sebanyak 295 jenayah direkodkan di Knightsbridge dan Belgravia pada Nov tahun lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah