27.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tindakan pecat tiga Adun bukti PAS junjung prinsip, perjuangan – MB Perlis

    Shopee Sale

    Menteri Besar Perlis Shukri Ramli menyambut baik tindakan PAS memecat tiga Adun parti itu, susulan pergolakan yang dihadapi kerajaan negeri.

    “Alhamdulillah, setiap perkara ada hikmahnya.

    “Tindakan yang diambil oleh PAS Pusat membuktikan bahawa prinsip, disiplin dan amanah perjuangan sentiasa dijunjung tinggi,” katanya dalam catatan ringkas di Facebook awal pagi tadi.

    Dalam hantaran itu, Shukri yang juga bekas pesuruhjaya PAS Perlis turut melampirkan kenyataan PAS berhubung pemecatan tersebut.

    Semalam, PAS memecat tiga Adun parti itu di Perlis, iaitu Saad Seman (Chuping), akhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

    Ia selepas mereka dan lima Adun Bersatu dilaporkan menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Shukri.

    MENARIK:  'Air mata lelaki jarang kelihatan, tapi luka di hatinya dalam'

    Mereka membentuk majoriti mudah dalam DUN Perlis yang mempunyai 15 kerusi.

    Dalam kenyataan semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata pemecatan dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (pindaan 2025).

    Fasal berkenaan merujuk kepada tindakan yang menyebabkan keanggotaan daripada parti itu terhenti, termasuklah menyertai atau menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak yang bertentangan dengan arahan atau pendirian parti.

    Abdul Hadi berkata pihaknya akan memaklumkan keputusan itu secara rasmi kepada speaker DUN Perlis.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah