31 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Timbalan perdana menteri UK letak jawatan lepas gagal lunas cukai

    Shopee Sale

    Angela Rayner pada Jumaat meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri dan setiausaha perumahan selepas gagal melunaskan cukai sepenuhnya ke atas sebuah pangsapuri yang dibelinya pada Mei, lapor Anadolu Ajansi (AA).

    Peletakan jawatan itu dibuat selepas tekanan yang semakin meningkat ke atasnya untuk berundur berhubung pembelian rumahnya di Hove, sebuah pusat perananginan tepi laut di East Sussex, Britain.

    Rayner turut meletak jawatan sebagai timbalan ketua Parti Buruh selepas mengaku bahawa beliau kurang membayar cukai ke atas pembelian itu.

    MENARIK:  Tiada perang lain sasarkan wanita, kanak-kanak seperti di Gaza - Erdogan

    Awal minggu ini, beliau merujuk dirinya kepada penasihat etika Perdana Menteri Keir Starmer selepas mengaku tidak melunaskan sepenuhnya bayaran duti setem bagi rumah berharga £800,000 (US$1.07 juta) itu.

    Terdahulu, Starmer menyatakan sokongan penuhnya terhadap Rayner dengan berkata beliau “berbangga” bekerja bersamanya.

    Pada Rabu, Rayner memberitahu Sky News bahawa beliau menerima nasihat undang-undang yang salah, menyebabkan beliau membayar duti setem yang lebih rendah daripada jumlah sebenar yang perlu dijelaskan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah