28.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada sebarang kerosakan pada permukaan Stadium Hoki Nasional – Hannah

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan tiada sebarang kerosakan pada permukaan Stadium Hoki Nasional setakat ini walaupun turut menjadi venue penganjuran konsert.

    Beliau berkata Perbadanan Stadium Nasional telah membangunkan prosedur operasi standard (SOP) bersesuaian dengan kerjasama pembekal turf hoki.

    Menurut Hannah, sebanyak tiga konsert telah dijalankan dan dua lagi akan diadakan pada hujung tahun ini.

    “Sebarang tempahan perlu melalui proses pematuhan SOP ketat, contohnya menutup turf dengan pelapik yang disarankan pembekal asal turf hoki bagi menampung berat,” katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata nisbah penggunaan stadium hoki adalah 60:40 dengan 60 untuk sukan dan 40 untuk bukan sukan.

    MENARIK:  Razman lapor polis terhadap Harakatdaily HD

    "Acara konsert hanya akan dibenarkan sekiranya tidak bertembung dengan acara hoki,” katanya.

    Sementara itu, Hannah memaklumkan 16,000 pelajar berpeluang bersukan di fasiliti stadium KBS secara percuma di Bukit Jalil hingga Oktober lepas.

    Mengenai bantuan kepada persatuan dan kelab sukan, Hannah berkata sejumlah RM35,446,000 Geran Padanan Sukan telah diluluskan untuk 307 permohonan.

    Beliau berkata bagi Dana Sukan Komuniti, sebanyak RM19,990,000 telah diluluskan untuk 1,207 permohonan manakala RM4,528,770 Kumpulan Wang Amanah Sukan Negara diluluskan bagi 72 kejohanan.

    Beliau berkata penyaluran dana dan geran itu antaranya untuk penganjuran kejohanan sebagai persiapan dan pengenalpastian atlet.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah