26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada sebab PN tolak MoU peruntukan pembangkang – Nga

    Shopee Sale

    Ketua whip parlimen DAP Nga Kor Ming, menyifatkan penolakan PN terhadap memorandum persefahaman (MoU) mengenai peruntukan untuk ahli parlimen pembangkang sebagai tidak munasabah.

    Nga, yang juga menteri pembangunan kerajaan tempatan menuduh PN memberikan alasan tidak berasas untuk menolak tawaran tersebut.

    "Kami tidak mengenakan syarat yang tidak munasabah kepada mereka. Tak ada, ia (syarat ditawar) sangat munasabah.

    "Dulu jadi pembangkang, kita bincang baik dengan Ismail Sabri (Yaakob),” kata Nga, merujuk MOU pembangkang ketika itu dengan bekas perdana menteri.

    "Mereka berikan alasan semua tak masuk akal. Kita dah tawarkan, dia tak nak terima, apa kan daya,” katanya pada satu rakaman yang dikongsi kepada Malaysiakini.

    Semalam, Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mengumumkan pembangkang sebulat suara menolak dua versi MoU—satu antara kerajaan dengan PN dan satu lagi dengan semua ahli parlimen PN.

    Hamzah mengemukakan empat sebab fundamental yang antaranya didakwa bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

    “MoU tersebut mengandungi syarat-syarat yang dilihat bertentangan dengan nilai tradisi, nilai budaya, nilai moral, agama serta nilai-nilai tempatan.

    “Deraf MoU tersebut juga tidak mempunyai satu mekanisme yang jelas dan keadaan ini boleh membuka ruang kepada berlakunya apa-apa pelanggaran, mungkir janji atau ketidakpatuhan secara ex-parte,” dakwa Hamzah.

    MENARIK:  Pemegang lesen Madani Mart wajib bayar royalti pada yayasan diasaskan Fuziah, pembantu Anwar

    Bagaimanapun, menurut Nga syarat-syarat dalam MoU bertujuan untuk kebaikan negara.

    "Contoh, kita minta sekiranya dapat peruntukan, ahli parlimen pembangkang yang kaya raya isytihar harta, tapi mereka tak mahu.

    "Syarat kedua, jangan sebarkan kebencian yang boleh menyalakan api perkauman, tapi mereka tak mahu. Jadi mereka sengaja porak perananda negara kita.

    "Syarat ditawarkan amat munasabah. Kami undang mereka, sertai kami untuk membina negara, membina Malaysia yang kuat.

    "Bukan hanya setiap hari bakar api perkauman, sebarkan sifat kebencian, Malaysia akan aman sentosa. Itu mereka tak nak setuju," kata Nga.

    Awal bulan ini, ketua whip pembangkang Takiyuddin Hassan berkata terdapat tujuh syarat dalam MoU tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah