31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada kes baru cacar monyet dikesan di Malaysia

    Shopee Sale

    Tiada kes baru cacar monyet atau monkeypox (Mpox) yang dikesan setakat hari ini selepas kes terakhir dilaporkan pada 16 Sept lepas, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

    Dzulkelfy berkata keputusan itu dicapai selepas Kementerian Kesihatan (KKM) menyaring 22.8 juta pelancong di pintu masuk negara. 

    “Setakat ini yang kita tahu, tiada kes baru dan kes sikit dahulu hanya satu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Perkhidmatan Transplan Sel Stem/Sumsum Tulang KKM di Hospital Ampang, Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  AMK minta Rafizi pertimbang semula keputusan tak rasmikan kongres sayap

    Pada 16 Sept lepas, KKM mengesahkan satu kes positif cacar monyet dalam varian clade II dikesan, menjadikan semua 10 kes sejak 26 Julai 2023.

    Virus Mpox clade I dikategorikan sebagai mudah berjangkit dan mempunyai kadar kematian 10 peratus, manakala clade II mempunyai kadar kematian lebih rendah.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah