Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada keperluan mendesak untuk melakukan rombakan kabinet susulan peletakan jawatan dua menteri PKR dan tindakan seorang menteri Umno keluar parti.
Menurut Bernama, Anwar berkata setakat ini belum ada perbincangan rasmi dengan parti-parti dalam kerajaan perpaduan mengenai kedudukan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Dua hari lalu, Zafrul yang merupakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengumumkan keluar Umno untuk menyertai PKR — satu tindakan yang telah mencetuskan pergeseran antara kedua-dua parti.
Susulan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menegaskan peruntukan tujuh jawatan menteri untuk Umno mesti dikekalkan.
Pada minggu lalu pila, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad masing-masing meletak jawatan sebagai Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli serta Kelestarian Alam Sekitar, susulan gagal mempertahankan jawatan masing-masing dalam pengundian PKR.
[Berita lanjut menyusul]





