26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada jaminan isteri Daim tidak akan larikan diri: TPP

    Shopee Sale

    Pihak pendakwaan berhujah bahawa tiada jaminan isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin tidak akan melarikan diri, justeru mahkamah jenayah perlu menyimpan pasportnya.

    Bagaimanapun, peguam Na’imah Abdul Khalid membantah dan mahu pasportnya dipulangkan kerana mahkamah jenayah merampas dokumen perjalanan itu tanpa pihak pendakwaan memberikan alasan khusus mengapa dia akan melarikan diri.

    Hujahan lisan ini masing-masing dikemukakan oleh timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam bela M Puravalen di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan hari ini berhubung permohonan Na’imah untuk mendapatkan semula pasportnya secara kekal.

    MENARIK:  Beijing tolak pelan Trump mahu ambil alih, pindah penduduk Gaza

    Sebelum ini, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan pasportnya ditahan, sementara menunggu kes jenayahnya yang dikaitkan dengan dakwaan kegagalannya mematuhi notis SPRM untuk mengisytiharkan aset selesai dibicarakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah