29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada bonus Aidilfitri untuk penjawat awam

    Shopee Sale

    Penjawat awam boleh melupakan impian untuk memperoleh bantuan khas kewangan menjelang Aidilfitri awal bulan depan.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan baru sahaja meluluskan insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam berjumlah RM2,000 pada 28 Februari lalu.

    "Kita baru lulus RM2,000 kepada penjawat awam dan ini lebih daripada tahun sudah.

    "Kemudian dalam beberapa bulan ini kita akan luluskan skim persaraan, naikkan gaji," katanya ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan mesra di bazar Ramadan Jalan Mahkota, Kuantan, hari ini.

    Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada 15 Mac lalu menggesa kerajaan memberikan bantuan khas kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan sempena Aidilfitri.

    Presidennya, Dr Adnan Mat dilaporkan merayu supaya kerajaan pimpinan Anwar mengekalkan tradisi bantuan khas perayaan sejak 10 tahun lalu.

    MENARIK:  PAC kecam HRD Corp ancam saman akhbar

    Ketika ditanya sama ada kerajaan akan masih mempertimbangkan pemberian bonus, Anwar memaklumkan pemberian insentif khas RM2,000 sebelum ini adalah untuk tujuan sambutan Aidilfitri.

    "Yang dapat RM2,000 itu penjawat awamlah... untuk skim persaraan akan naik lagi.

    "Jadi, berita terlalu baik untuk penjawat awam... itu RM2,000 itu untuk raya sekali la tu," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah