27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ti-M gesa ibu bapa lebih bertanggungjawab pantau anak-anak

    Shopee Sale

    Transparency International Malaysia (Ti-M) menyeru ibu bapa lebih bertanggungjawab susulan kematian dua remaja dalam perlumbaan motosikal haram.

    Kumpulan itu berkata kemalangan itu turut menyerlahkan kegagalan ibu bapa remaja terbabit memantau aktiviti anak mereka.

    “Kami amat berdukacita dengan kematian tragis dua remaja berusia 13 tahun yang terlibat dalam kemalangan lumba motosikal haram baru-baru ini di Elmina Business Park di Sungai Buloh.

    "Kejadian malang ini terjadi atas kegagalan ibu bapa memantau pergerakan, tabiat dan aktiviti anak-anak mereka.

    "TI-Malaysia menyokong penuh kenyataan Ketua Polis Sungai Buloh Supt Mohd Hafiz Muhammad Nor yang menyeru ibu bapa dan penjaga supaya lebih bertanggungjawab memantau anak-anak mereka khususnya di bawah umur dan turut mendakwa ibu bapa mangsa mengikut Seksyen 39 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," kata presiden kumpulan itu Muhammad Mohan.

    Dia berkata undang-undang sedia ada ini digubal bagi memastikan kanak-kanak dilindungi dan tidak terdedah kepada bahaya yang tidak perlu.

    "TI-Malaysia sering mengaitkan bahawa krisis integriti, etika asas serta nilai moral di kalangan belia merupakan maslaah utama dalam masyarakat pada hari ini.

    "Hari ini kita melihat bahawa nilai moral di kalangan belia ini semakin berkurangan," katanya.

    Dalam kejadian 11.20 malam pada 14 Ogos, motosikal yang ditunggang dua remaja itu bertembung dari arah bertentangan semasa cubaan aksi 'wheelie', pada kelajuan tinggi yang berbahaya.

    Ti-M memetik Institut Penyelidikan Belia (IYRES) melalui Sistem Bank Data Belia Malaysia yang menunjukkan bahawa 16,566 belia berumur 16 hingga 18 tahun terlibat dan ditangkap dalam jenayah indeks di seluruh Malaysia termasuk kecurian, pembunuhan, rogol dan rompakan bersenjata dari 2018 hingga 2022.

    MENARIK:  Anwar padam video lawatan ke Thailand sebab lagu curang dalam cinta

    “Begitu juga, mengikut peranangkaan SPRM, penjawat awam berumur 40-an ke bawah merupakan 57.8% daripada 5652 orang yang ditahan antara 2007 hingga 2022 atas kesalahan berkaitan rasuah.

    "Statistik ini menunjukkan bahawa keruntuhan nilai moral dan etika asas di kalangan belia kita adalah serius dan berdasarkan data ini, ibu bapa juga tidak menjadi contoh kepada anak-anak dalam mengamalkan nilai moral dan etika yang baik," kata Muhammad.

    Tambahnya, Ti-M menggesa semua ibu bapa menumpukan lebih banyak masa untuk menerapkan nilai moral dan etika yang baik di rumah ketika anak-anak mereka masih kecil dan memantau perkembangan mereka semasa mereka membesar.

    “Sebagai ibu bapa kita tidak seharusnya mengharapkan guru sekolah atau universiti sahaja untuk mengajar nilai-nilai ini. Lebih penting lagi, memandangkan nilai moral lebih mudah diteladani dari dipelajari.

    "Untuk itu, ibu bapa sendiri perlu menjadi teladan dalam menegakkan integriti dan etika terutamanya apabila anak-anak berada pada usia yang mudah dipengaruhi.

    "Sudah terlambat untuk membuat pembetulan sedemikian apabila mereka mencapai usia dewasa seperti yang dibuktikan oleh statistik penyelidikan SPRM dan IYRES,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah