27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Terbuka Malaysia: PSM mohon maaf, 10 petugas pantau bumbung bocor

    Shopee Sale

    Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dan kontraktor menyediakan 10 petugas sepanjang Terbuka Malaysia 2025 bagi memastikan insiden bumbung bocor di Axiata Arena semalam, tidak berulang.

    PSM dalam satu kenyataan memaklumkan pihak Jabatan Kerja Raya dan kontraktor juga memberi kerjasama membuat kerja-kerja bersesuaian dan ia sedang berjalan.

    “PSM telah pun mengenal pasti kawasan-kawasan yang bermasalah dan menyegerakan kerja-kerja yang perlu dilakukan,” menurut kenyataan itu.

    Sehubungan dengan itu, PSM memohon maaf kepada semua pihak terutamanya penganjur dan peminat sukan badminton atas insiden kebocoran bumbung sehingga mengganggu aksi kejohanan pembuka tirai yang terpaksa dihentikan untuk seketika.

    MENARIK:  Polis cari suspek rakam wanita mandi di inap desa

    Insiden terbabit menyaksikan air yang menitis dari bumbung membasahi permukaan gelanggang dua dan tiga sekali gus menyebabkan penganjur menutup sementara bahagian gelanggang yang basah itu dengan kain.

    Sementara itu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam kenyataan memberitahu beberapa perlawanan yang tergendala semalam telah dibawa ke hari kedua kejohanan Super 1000 hari ini.

    Ia melibatkan antaranya perlawanan perseorangan lelaki di gelanggang tiga antara H.S. Prannoy dari India dengan pemain Kanada, Brian Yang dan beregu lelaki membabitkan pasangan Denmark Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard menentang Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah