27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tembakan di KLIA: Polis elak lebih ramai cedera

    Shopee Sale

    Keselamatan orang ramai menjadi pertimbangan utama polis semasa pihak berkuasa terbabit berdepan dengan penembak Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam.

    Ketua Polis Selangor Hussein Omar berkata kerana faktor itu pihaknya terpaksa mengambil langkah berhati-hati dan mengelak daripada tindakan drastik.

    Berdasarkan keadaan ketika itu, katanya, mungkin ada lebih ramai mangsa akan tercedera jika polis bertindak membalas tembakan lelaki terbabit.

    “Dia melepaskan tembakan di kawasan umum ada ramai orang awam, termasuk kanak-kanak.

    "Sebab itu tindakan segera yang diambil oleh polis dan pasukan keselamatan lapangan terbang adalah yang terpantas dan terbaik pada pandangan saya," katanya pada sidang media di KLIA di Sepang pagi ini.

    Hussein berkata demikian semasa ditanya mengapa pihak berkuasa tidak membalas tembakan yang dilepaskan suspek yang sebelum itu mencederakan seorang pengawal peribadi isterinya.

    MENARIK:  Persatuan pengguna berang harga santan naik, ‘tak usah reka alasan’

    Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi semalam seorang lelaki cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan suspek, dikenali sebagai Hafizul Marawi.

    Suspek berusia 38 tahun itu dipercayai cuba menembak isterinya namun sempat diselamatkan pengawal peribadi terbabit.

    [Laporan lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah