30 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Telinga Trump terkena peluru semasa cubaan bunuh – FBI

    Shopee Sale

    Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terkena peluru semasa percubaan pembunuhannya awal bulan ini di negeri Pennsylvania, menurut kenyataan FBI pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu (AA).

    "Yang mengenai telinga bekas Presiden Trump ialah peluru, sama ada keseluruhan atau terpecah menjadi kepingan lebih kecil, yang dilepaskan dari senapang subjek si mati," kata biro itu dalam kenyataan.

    Kenyataan itu dikeluarkan dua hari selepas Pengarah FBI Christopher Wray memberitahu Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan bahawa "terdapat beberapa persoalan tentang sama ada peluru atau serpihan peluru yang, anda tahu, mengenai telinganya."

    Thomas Matthew Crooks, 20, melepaskan tembakan ke arah Trump semasa satu himpunan kempen di Butler County pada 13 Julai, mengenai telinga kanan beliau. Penembak itu juga meragut nyawa Corey Comperatore dan menyebabkan kecederaan yang serius kepada dua yang lain.

    Crooks terbunuh di tempat kejadian.

    MENARIK:  Keputusan kes abai Zayn Rayyan diketahui esok

    Dalam catatan di platform media sosialnya, Truth Social, Trump, yang merupakan calon presiden Parti Republikan dalam pilihan raya presiden November, berkata: "Saya anggap itu adalah permintaan maaf terbaik yang akan kita dapat daripada Pengarah Wray, tetapi ia diterima sepenuhnya!"

    Bekas doktor Rumah Putih dan ahli kongres Republikan Ronny Jackson dari Texas berkata dalam satu surat sebelum ini bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan Trump terkena "apa-apa selain peluru."

    -Bernama- Anadolu

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah