29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tei sekali lagi digesa buat laporan pada SPRM jika ada bukti kukuh

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan, Albert Tei sekali lagi digesa membuat laporan kepada SPRM jika memiliki maklumat dan bukti kukuh, berhubung dakwaan terbarunya terkait skandal perlombongan Sabah yang antara lain mengaitkan bekas setiausaha politik kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Md Akin.

    Pertubuhan Anti Korupsi Malaysia (Pakar) berkata sebarang dakwaan tidak wajar dijadikan spekulasi mahupun dipolitikkan, khususnya menjelang PRN Sabah.

    “Integriti proses siasatan mesti diberi keutamaan.

    “Jika pihak yang membuat tuduhan, termasuk Albert Tei, ada bukti atau maklumat kukuh, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengemukakan laporan rasmi kepada SPRM. Langkah ini penting bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan menyeluruh, profesional dan bebas terhadap kedua-dua pihak tanpa prasangka,” presidennya, Mohd Nasir Ab Hadi.

    Mohd Nasir menggesa semua pihak memberi ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan dan menerima “dengan hati terbuka” sebarang hasil siasatan itu nanti.

    Pendedahan Tei berhubung dakwaan skandal rasuah Sabah terus menarik perhatian ramai apabila turut mengaitkan Shamsul, apabila mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada pemimpin PKR itu selepas Shamsul memberi jaminan dia boleh mendapatkan semula wang yang disalurkan kepada ahli politik di Sabah.

    Antara lain, dia mendakwa membayar pengubahsuaian, peralatan dan perabot untuk dua hartanah — satu di Bangsar dan sebuah kediaman rasmi di Putrajaya.

    Shamsul Iskandar dan Albert Tei

    Tei juga mendakwa membelanjakan ribuan ringgit untuk cerut premium dan menempah beberapa sut untuk Shamsul serta menyerahkan salinan resit tukang jahit beserta ukuran badan.

    MENARIK:  Ancaman ikan asing, ikan asli sungai boleh pupus

    Susulan itu, Shamsul mengumumkan meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik kanan Anwar dan berikrar akan mempertahankan dirinya, selain membuat laporan polis terhadap Tei.

    Selain, itu muncul juga video yang memaparkan seorang wanita – yang didakwa proksi kepada Shamsul – memberitahu Tei yang Anwar telah memberikan restu kepadanya merakam ahli-ahli politik Sabah yang terpalit dalam skandal itu secara rahsia.

    “Saya tanya (Shamsul) jika dia sudah beritahu Anwar tentang hal itu, dia jawab, ‘Ya. Anwar kata buat’,” kata Tei.

    Wanita itu mengesahkan perkara tersebut dengan berkata: “Anwar kata ‘buat’, ‘buat’.”

    Bagaimanapun hari ini wanita itu, Sofia Rini Buyong menafikan dia dia menjadi proksi kepada Shamsul dan tidak pernah berjumpa Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan yang dibuat Tei.

    Dia juga menyifatkan perkara itu sebagai “konspirasi jahat” untuk mencemarkan nama Anwar dan Shamsul.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah