28.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tanya Tesla, saya tak kerja untuk Tesla – Zafrul

    Shopee Sale

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz enggan mengulas berhubung rancangan Tesla Inc membatalkan rancangan membina kilang di Asia Tenggara, termasuk Malaysia.

    “Kamu tanya Tesla. 

    “Saya tak kerja untuk Tesla,” dia dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today.

    Ditanya lagi sama ada Miti akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan perkara itu, dia hanya berkata “terima kasih” kepada pemberita dan berlalu pergi.

    Salah sebuah kilang Tesla, gambar hiasan

    Semalam, memetik sumber, akhbar Thailand The Nation melaporkan Tesla membatalkan rancangan membina kilang kereta elektrik di Asia Tenggara, susulan keputusan pelaburan baru mereka.

    MENARIK:  Hadi akui PAS berminat jadi ketua pembangkang

    Bagaimanapun rancangan pembinaan kilang di China, Amerika Syarikat dan Jerman diteruskan.

    Terdahulu pagi ini jurucakap Miti berkata laporan media itu bukan kenyataan rasmi Tesla dan hanya berdasarkan maklumat daripada sumber yang identitinya dirahsiakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah