26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sahkan cerai di mahkamah elak polemik status perkahwinan – exco K’tan

    Shopee Sale

    Pasangan suami isteri yang bercerai diingatkan supaya tidak melakukannya secara senyap tanpa melalui saluran undang-undang kerana ia boleh memberi implikasi besar terhadap masa depan mereka termasuk kekeliruan status perkahwinan dan kedudukan anak-anak.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan Mohd Asri Mat Daud berkata setiap perceraian termasuk lafaz taklik perlu disahkan di pejabat agama atau Mahkamah Syariah bagi mengelakkan kekeliruan serta fitnah.

    Beliau merujuk kes seorang wanita yang berkahwin baharu sebelum pengesahan perceraian dengan pasangan terdahulu dibuat secara rasmi di mahkamah sehingga menimbulkan polemik termasuk dakwaan memiliki dua suami.

    “Pengesahan cerai taklik yang tidak dibuat di mahkamah menyebabkan timbul kekeliruan... sepatutnya perkara ini dirujuk dan disahkan di pejabat agama supaya tidak menimbulkan fitnah.

    “Dari sudut agama, pernikahan baharu itu sah sekiranya memenuhi rukun dan syarat namun isu timbul apabila proses pengesahan perceraian terdahulu tidak diselesaikan mengikut undang-undang,” katanya kepada Bernama.

    Mohd Asri berkata di Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri akan menyiasat semua aspek dalam kes sedemikian termasuk memanggil imam, kadi dan jurunikah yang terlibat dalam akad bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

    MENARIK:  ULASAN l Mahathir 100 tahun: Malaysia ‘buat-buat tak perasan’

    “Jumlah yang terlibat tidak ramai namun jabatan agama akan memanggil mereka untuk diambil keterangan supaya kita memperoleh maklumat tepat… saksi-saksi juga akan dipanggil bagi membantu siasatan manakala pasangan terlibat akan diarah supaya tinggal berasingan (mufaraqah) buat sementara sehingga siasatan selesai.

    "Kita minta masyarakat jangan meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak selagi siasatan belum selesai,” katanya.

    Mengulas dakwaan mengenai kemungkinan wujud kes penipuan seperti penggunaan surat cerai atau surat kematian palsu, beliau berkata perkara itu boleh berlaku namun jumlahnya kecil dan tidak serius.

    “Ada kes terpencil melibatkan sindiket atau penipuan dokumen tetapi tidak banyak... isu ini masih terkawal... cuma apabila ia tular di media sosial, keadaan menjadi bising dan masyarakat terkejut,” katanya.

    Sehubungan dengan itu, Mohd Asri menasihati pasangan yang berdepan masalah rumah tangga atau perceraian supaya segera merujuk kepada jabatan agama bagi mendapatkan nasihat dan menyelesaikan perkara berkenaan mengikut prosedur undang-undang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah