25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak rasmi: BN rampas kembali Nenggiri dengan majoriti lebih besar

    Shopee Sale

    BN berjaya merampas kembali kerusi DUN Nenggiri apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang besar dalam PRK DUN Nenggiri.

    Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mohd Azmawi menang dengan majoriti 3,372 mengatasi lawannya, Mohd Rizwadi Ismail.

    Mohd Azmawi atau Awie memperoleh undi sebanyak 9,113 undi manakala Rizwadi yang dikenali sebagai Ustaz Wadi memperoleh 5,741 undi.

    PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

    DUN Nenggiri mempunyai 20,259 pengundi berdaftar dengan 20 pusat daerah mengundi (PDM) melibatkan 46 saluran.

    Kerusi DUN Nenggiri merupakan kawasan tradisi BN yang dimenangi oleh parti itu sejak tujuh penggal lalu.

    Bagaimanapun, pada PRN Ogos tahun lalu, kerusi berkenaan dimenangi calon PN yang bertanding menggunakan logo PAS, Mohd Azizi Abu Naim.

    MENARIK:  Badan Islam perlu biasakan diri dengan kepelbagaian idea - Tajuddin

    Mohd Azizi menewaskan penyandang kerusi berkenaan Ab Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi.

    PRK DUN Neggiri diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah