29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Chacha Maembong Respon Dakwaan Emma ‘Getback’ Dengan DJ Kidd – ‘Saya Doakan Yang Terbaik’

    Shopee Sale

    Pelakon, Chacha Maembong memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan kakaknya yang juga aktres, Emma Maembong didakwa sudah kembali bercinta  semula dengan bekas kekasihnya, DJ Kidd.

    Artikel Berkaitan: Emma Maembong & Dj Kidd Kembali Bercinta?

    Tanya tuan badan

    Chacha atau nama sebenarnya Siti Aisyah Rohani Ismail, 31, berkata, sebaiknya penjelasan mengenai spekulasi itu wajar dijawab sendiri oleh tuan badan.

    Saya tak tahu dakwaan itu (berbaik) kerana belum berkesempatan berjumpa dengan Emma kerana masing-masing sibuk.

    Saya rasa lebih baik tanya tuan badan sendiri, sebab daripada awal sampai sekarang semua orang tanya saya mengenai Emma. 

    Jadi saya rasa tiba masanya untuk tanya dia sendiri sebab saya bukan 24 jam dengan Emma.

    Kami masing-masing sibuk, bukanlah tak berhubung langsung, ada berhubung tapi kalau jumpa kami hanya bercakap fasal keluarga atau gosip lain.

    Chacha berkata demikian ketika ditemui pada majlis Watch Party siri Griya yang berlangsung di GSC, Starling Mall, Damansara pada Jumaat.

    MENARIK:  [VIDEO] Luang Masa Berdua Sebelum Bergelar ‘Ayah’, Imran Luah Rasa Sayang Pada Dahlia – ‘Setiap Hari Saya Jatuh Cinta’

    Tambah Chacha, dia sentiasa mendoakan kebahagian Emma dan menyokong apa jua yang terbaik untuk kehidupan kakaknya.

    Sebagai adik tentulah saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kakak saya. Saya sentiasa sokong kakak saya walaupun kadang-kadang hidup ada turun naik. 

    Apa-apa pun dia tetap kakak saya dan saya sentiasa sokong dia walau macam mana pun.

    Terdahulu, tular foto Emma bersama DJ Kidd ketika menghadiri sebuah acara, baru-baru ini.

    Foto itu menjadi tumpuan ramai susulan DJ Kidd pada April lalu memaklumkan, status hubungannya dengan Emma bukan lagi pasangan kekasih.

    The post Chacha Maembong Respon Dakwaan Emma ‘Getback’ Dengan DJ Kidd – ‘Saya Doakan Yang Terbaik’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah