29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada perbincangan hidupkan semula MN setakat ini – Zahid

    Shopee Sale

    Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada sebarang perbincangan mengenai cadangan menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) 2.0 antara UMNO dan PAS, setakat ini.

    "Tidak ada perbincangan mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pameran Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2026 di Dataran Putrajaya, di Putrajaya hari ini.

    Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata ketika ini keutamaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) adalah memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara menerusi kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, yang dibentuk bersama Pakatan Harapan (PH) serta parti-parti dari Sabah dan Sarawak.

    MENARIK:  Rafizi: Dah sebut berkali-kali pasal Farhash, tapi jawapan Anwar sama

    "Yang paling penting ialah terus mengekalkan kerajaan yang ada ini sehingga akhir penggal Parlimen ke-15," katanya.

    Semalam, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengajak UMNO untuk kembali menghidupkan kerjasama politik melalui MN bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

    Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata pertemuan politik UMNO dan PAS yang diadakan malam semalam tidak melibatkan presiden-presiden parti, sebaliknya lebih tertumpu kepada soal kolaborasi politik dan agenda nasional.

    Beliau berkata politik bersifat dinamik dan BN sentiasa terbuka untuk mengadakan perbincangan politik mahupun agenda nasional demi memastikan kestabilan negara tidak tergugat.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah