25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syed Saddiq sakit hati dengan saya, kata Fahmi

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ada memiliki nombor telefonnya dan ahli parlimen Muar itu boleh sahaja menghubunginya untuk bertanya mengenai dasar kementerian itu.

    Namun, Fahmi berkata Presiden Muda itu menaruh perasaan "sakit hati" terhadapnya apabila berterusan mempersoalkan usaha kementerian berkenaan.

    "Saya tahu MP Muar, dia sakit hati dengan saya. Setiap benda yang kita usaha walaupun berniat baik dia tengok daripada sisi yang lain.

    "Dia ada nombor telefon saya, dia boleh call saya tanya, tapi dia pilih untuk bersangka buruk," katanya.

    Fahmi berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Perpaduan Lembah Pantai petang tadi yang menghimpunkan ahli bahagian daripada BN dan PH.

    Dalam pada itu ahli parlimen Lembah Pantai itu berkata dia merupakan satu-satunya pemimpin tertinggi PKR yang pernah diarahkan supaya berhubung dengan ahli parlimen Muar itu.

    "Dulu dalam PKR tak ada siapa yang nak berhubung dengan dia. Tak ada siapa. Saya diarahkan oleh parti, oleh presiden, jadilah penghubung dengan ahli parlimen ini.

    "I was the only one in PKR, at the top level, yang sanggup untuk berhubung, menyampaikan pandangan.

    "Tapi hari ini, dia datang.. nak buat macam mana? Dia mungkin nak jadi relevan. Tapi yang jelas, dia tak menghabiskan larian," sindirnya merujuk dakwaan Syed Saddiq tidak menghabiskan larian triatlon di Johor Bahru bulan lalu.

    Bekas presiden Muda itu sebelum ini berkata dia telah menamatkan larian berkenaan tetapi kemudian memohon maaf selepas data pengesanan menunjukkan sebaliknya.

    Menerusi video TikTok minggu lalu, Syed Saddiq membidas Fahmi kerana didakwa gagal memberi penjelasan terhadap rakyat yang mempersoalkan keperluan untuk melesenkan media sosial.

    MENARIK:  Laporan M'sia disenaraikan negara taja keganasan adalah palsu - Reuters

    “Khususnya apabila di bawah kerajaan yang sama, Indeks Kebebasan Akhbar Dunia menurun dan menjunam dengan teruk.

    "Khususnya apabila kerajaan ini ada peningkatan lebih 40 kali ganda sekat kritikan politik (di media sosial)," kata Syed Saddiq.

    ‘Tak pasti jangan kongsi’

    Ditemui pemberita selepas konvensyen hari ini, Fahmi turut menjawab komen Syed Saddiq berhubung kenyataannya pada 5 Ogos lalu bahawa kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk membangunkan aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia.

    "Mungkin dia tak semak fakta dulu. Kepada Syed Saddiq, tak pasti jangan kongsi,” kata Fahmi.

    Sehari selepas Fahmi membuat kenyataan itu, Syed Saddiq memuat naik video di TikTok, mendakwa kerajaan membazirkan wang pembayar cukai untuk membina aplikasi media sosial seperti yang dicadangkan itu.

    "Orang yang sama yang nak haramkan media sosial kerana takut dengan kritikan rakyat adalah orang sama yang nak bazirkan duit kamu, pembayar cukai, untuk membuat media sosial baru yang dikawal, ditaja oleh kerajaan madani ini," katanya,

    Bagaimanapun, pada hari yang sama, Fahmi menjelaskan bahawa langkah membina aplikasi media sosial seumpama itu memerlukan kos yang tinggi.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah