28.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syed Naquib al-Attas kembali ke rahmatullah

    Shopee Sale

    Tokoh ilmuan dan falsafah Islam, Profesor Diraja Syed Muhammad Naquib al-Attas menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 6.47 petang, Ahad.

    Jenazah Allahyarham dilaporkan Astro Awani akan disolatkan di Masjid al-Taqwa pada pagi Isnin sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

    Dalam perkembangan berkaitan Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    "Moga Allah SWT merahmati roh Almarhumah, mengampuni segala dosa, dan menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh," kata Ikim pada satu kenyataan di media sosial.

    Gambar fail, Allahyarham dianugerahkan gelaran Profesor Diraja oleh Yang Dipertuan Agong Sultan Ibrahim pada 2024.

    Allahyarham yang dilahirkan pada tahun 1931 di Bogor, Jawa Barat, Indonesia merupakan pengasas Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac).

    MENARIK:  Zahid nak jumpa, tanya Akmal: Nak serang siapa dalam perkara ini?

    Syed Muhammad Naquib telah menukilkan lebih 30 buah buku dan monograf dalam bidang peradaban dan falsafah Islam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah