25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syarikat kongsi sijil halal ramuan sandwic, satu sijil dari Austria

    Shopee Sale

    Syarikat Shake and Bake Cafe Sdn Bhd berkata bahan digunakan untuk produk “ham and cheese sandwic” menggunakan ramuan yang mempunyai sijil halal.

    Syarikat itu berkongsi salinan sijil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk produk didaftarkan atas nama “Chicken Sandwich/ Ayam Sandwic” dan “Emborg burgers slices coloured” bagi kelulusan halal dari Austria.

    Selain sijil untuk ramuan digunakan, syarikat itu bagaimanapun tidak mengulas mengenai pengesahan Jakim bahawa produk akhir mereka menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf.

    "Bahan yang digunakan di dalam sandwich yang disediakan oleh Shake and Bake merupakan roti, keju dan kepingan daging ayam (chicken slice).

    "Kepingan daging ayam yang digunakan di dalam sandwich tersebut mempunyai sijil halal yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Sanfrecce Hiroshima salahkan dentuman bunga api

    Terdahulu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal.

    Sabtu lalu, Universiti Malaya mengarahkan penutupan serta-merta dua cawangan KK Mart di kampus institusi pengajian tinggi berkenaan ekoran penjualan produk yang diragui status halal.

    Isu penjualan produk itu kecoh selepas beberapa ahli politik mengkritik penjualannya.

    KK Mart membuat laporan polis pada dan mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan kepada syarikat itu.

    Sementara itu Shake and Bake Cafe berjanji akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KPDN dan Jakim dalam siasatan kes berkenaan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah