Perdana Menteri, Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan dana sebanyak RM100 juta akan disumbangkan kepada Palestin bagi membantu rakyat Gaza.
Anwar mengumumkan perkara itu pada Malam Himpunan dan Selawat Malaysiaku Bersama Gaza di Dataran Merdeka yang menandakan acara kemuncak Karnival Sumud Nusantara 2025.
"Mana pun saya pergi saya tak pernah tinggalkan saudara-saudaraku Palestin.
"Sumud Nusantara adalah Sumud Rakyat Malaysia dan Rakyat yang cintakan keamanan.
"Malam ini saya umumkan RM100 juta sebagai permulaan dana," katanya ketika berucap.

Anwar turut menggesa syarikat korporat supaya turut menyumbang bagi tujuan dana kepada Palestin.
[Berita penuh menyusul]





