30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, August 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syarat pencarian MH370 dimuktamadkan beberapa hari lagi

    Shopee Sale

    Syarat muktamad kontrak mencari pesawat udara MH370 milik Malaysian Airlines yang hilang dijangka dimuktamadkan dalam beberapa hari, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

    “Kita belum menandatangani kontrak.

    “Kontrak masih dengan peguam negara dan syarat-syaratnya perlu dimuktamadkan dalam beberapa hari akan datang,” katanya kepada KiniTV ketika ditanya pada majlis makan malam di Cheras malam ini.

    Loke berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan bahawa sebuah kapal dari syarikat robotik marin Ocean Infinity kini dalam perjalanan dari Mauritius menuju ke lokasi yang dipercayai tempat pesawat berkenaan terhempas.

    Laman web penjejakan kapal menyenaraikan destinasi kapal Armada 78 06's itu sebagai offshore Australia dan dijangka tiba pada petang Ahad.

    Ia mencetuskan spekulasi bahawa Ocean Infinity mungkin memulakan pencarian tersebut sebelum kontrak dengan Malaysia ditandatangani.

    Misi itu akan menjadi percubaan ketiga ,menjejak pesawat yang hilang berkenaan, dan percubaan kedua oleh Ocean Infinity. MH370 itu dipercayai berada di Lautan Hindi kira-kira 1,500km barat Perth.

    MENARIK:  PH buat 'U-turn' - Pemberi maklumat dilarang dedah ke media

    Saluran 9News.com Australia melaporkan pencarian akan tertumpu di kawasan seluas 15,000 kilometer persegi kira-kira 30 kilometer dari kawasan yang sebelum ini dijejaki Ocean Infinity pada 2018.

    Lokasi untuk kawasan pencarian dikenal pasti melalui analisis baharu oleh tiga kumpulan penyelidik sejak operasi pencarian terakhir, lapor AviationSource News.

    Dis tahun lalu lalu, Loke telah mengumumkan kabinet bersetuju secara prinsip terhadap cadangan Ocean Infinity untuk melaksanakan operasi carian baharu atas dasar "tak jumpa, tiada bayaran".

    Bagaimanapun jika berjaya Ocean Infinity meminta dibayar AS$70 juta (RM311 juta).

    Pesawat udara MH370 berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada malam 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.

    Bagaimanapun, pesawat itu secara misteri menyimpang dari laluan penerbangannya di Laut China Selatan dan membelok ke barat ke arah Lautan Hindi.

    Walaupun kebanyakan sistem komunikasinya telah berhenti beroperasi, penganalisis dapat mengesan penghantaran terakhirnya ke suatu tempat di Lautan Hindi Selatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah