32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PH buat 'U-turn' – Pemberi maklumat dilarang dedah ke media

    Shopee Sale

    Manifesto PH semasa pilihan raya umum lalu menjanjikan pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat bagi membolehkan pendedahan dibuat terus kepada media.

    Namun, Perdana Menteri Anwar Ibrahim kini mempertahankan peruntukan sedia ada yang membatalkan perlindungan jika pemberi maklumat menghubungi media terlebih dahulu.

    Menteri Undang-undang Azalina Othman Said turut mengesahkan kerajaan tidak bercadang untuk meminda peruntukan tersebut.

    Semalam, Anwar Ibrahim mempertahankan peruntukan kontroversi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, yang menetapkan pemberi maklumat akan kehilangan perlindungan jika mereka terlebih dahulu menghubungi media sebelum melaporkan salah laku kepada pihak berkuasa.

    Pendiriannya itu bercanggah dengan janji manifesto PH pada PRU15, yang menyatakan akta tersebut akan dipinda bagi membenarkan pemberi maklumat terus membuat pendedahan kepada media.

    "Pelaksanaan pindaan secara segera akan menjadi mekanisme kawalan integriti dan sebarang kebocoran yang memberi kesan kepada kewangan negara dapat dibendung pada peringkat awal."

    Janji tersebut disenaraikan bersama pelbagai inisiatif lain dalam memerangi rasuah, termasuk:

    • Menapis calon ketua pesuruhjaya SPRM oleh jawatankuasa dwipartisan

    • Menggubal Akta Kebebasan Maklumat

    • Mewajibkan pengisytiharan aset

    • Menubuhkan sistem ombudsman untuk menangani salah laku ahli politik dan penjawat awam

    Alasan Anwar

    Namun, Anwar semalam menjustifikasikan kewujudan peruntukan tersebut.

    "Buat masa ini, undang-undang sudah menetapkan perkara itu, ada rasionalnya kerana semua orang (boleh) mengatakan bahawa mereka bercakap benar.

    "Tetapi kemudian, anda (akan) menghukum seseorang itu sebelum kes terbabit disiasat atau sebelum mereka berpeluang untuk memberi penjelasan," katanya.

    Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, yang menyatakan pada Selasa bahawa kerajaan tidak bercadang untuk meminda peruntukan tersebut.

    Azalina menegaskan pemberi maklumat perlu terlebih dahulu melaporkan kepada agensi penguatkuasaan, yang akan menilai sama ada maklumat itu penting serta sama ada ia perlu diklasifikasikan sebagai kes lama atau dibuka sebagai kes baru.

    MENARIK:  Remaja menyamar petugas hospital dibebaskan dengan jaminan polis

    "Dalam hubungan ini, pemberi maklumat tidak dapat dilindungi di bawah Subseksyen 7(1). Pada masa sama, tiada cadangan pindaan yang menambah baik Akta 711 bagi melindungi pemberi maklumat yang telah membuat pendedahan kepada umum dan awam.

    "Bagaimanapun sekiranya pendedahan dibuat kepada agensi penguat kuasa terlebih dahulu, pemberi maklumat layak untuk dilindungi.

    "Agensi penguat kuasa akan menilai sama ada maklumat itu dilihat sebagai satu keperluan atau tidak.

    "Kita (pemberi maklumat) pergi kepada public domain kemudian kita nak mendapat perlindungan, sebab kadang-kadang pemberi maklumat juga tidak mempunyai niat baik," katanya."

    'Langkah demi langkah'

    Bagaimanapun, Azalina mengakui terdapat negara yang membenarkan pemberi maklumat pergi kepada media jika agensi penguatkuasaan gagal bertindak dalam tempoh masa tertentu.

    Menurut menteri undang-undang Malaysia masih belum sampai ke tahap itu.

    "(Kita lakukan) langkah demi langkah," katanya.

    Azalina berkata kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa pindaan lain terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, termasuk:

    • Mencegah konflik dengan undang-undang sedia ada

    • Skala ganjaran untuk menggalakkan pemberi maklumat

    Perbincangan mengenai pemberi maklumat ini timbul selepas laporan Malaysiakini mengenai dakwaan rasuah melibatkan beberapa Adun Sabah.

    Seorang pemberi maklumat, yang merupakan ahli perniagaan, telah mendedahkan siri video yang mengaitkan beberapa Adun dalam perbincangan berhubung sogokan bagi mendapatkan lesen eksplorasi perlombongan.

    Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor menafikan dakwaan tersebut, mendakwa ia cubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan mencemarkan reputasinya menjelang pilihan raya negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah