28.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suspek hina Islam dipercayai di luar negara, kata IGP

    Shopee Sale

    Lelaki yang disyaki menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam dipercayai berada di luar negara.

    Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi hari ini berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan.

    “Namun kita percaya dia berada di luar negara," katanya ringkas.

    Semalam, Razarudin berkata pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memuat naik video tular di laman sosial sejak Rabu yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap agama Islam.

    Beliau berkata siasatan dibuat selepas pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu oleh seorang individu di Balai Polis Manchis, Bentong, Pahang, petang Rabu.

    MENARIK:  Polis tembak mati tiga penjenyah selepas koperal dilibas parang

    Video itu memaparkan beberapa individu mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina umat agama Islam, dipercayai dihasilkan ekoran isu melibatkan penyampai radio yang didakwa membuat penghinaan terhadap agama Hindu, namun telah dipadam selepas menerima kecaman orang ramai.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, kerana perbuatan yang boleh menyebabkan ketidakharmonian antara kaum dan agama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah