28.5 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sumud Flotilla: Bertenang, keadaan terkawal – Farah Lee

    Shopee Sale

    Peserta Global Sumud Flotilla (GSF) memaklumkan keadaan konvoi itu kembali terkawal dan meneruskan pelayaran ke Gaza, serta meminta orang ramai agar kekal tenang susulan laporan mengenai gangguan yang dialami misi itu.

    Aktivis kemanusiaan Nurfarahin Romli, 32, atau lebih dikenali sebagai Farah Lee berkata meskipun terdapat gangguan sistem komunikasi pada satu daripada kapal yang menyertai pelayaran itu semalam, namun insiden itu berjaya ditangani dan kapal GSF kini meneruskan pelayaran bersama-sama seperti biasa.

    "Keadaan di sini tenang sahaja. Kami ingin mengajak semua untuk sentiasa tenang. Ini bukan untuk menakutkan atau mendebarkan (orang ramai), tetapi untuk memaklumkan keadaan sebenar di sini,” katanya menerusi hantaran video di media sosial.

    MENARIK:  Mahkamah tolak saman RM12.5 juta Haniff Khatri terhadap Bersatu

    Farah Lee berkata semua peserta misi telah mendapat latihan mencukupi merangkumi aspek fizikal, emosi, mental, undang-undang dan media sebelum berlayar bagi memastikan kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

    "Jangan risaukan kami, tetapi tetap doakan rakyat Gaza dan juga mereka yang ditindas di seluruh dunia," katanya.

    Sebanyak 34 rakyat Malaysia menyertai misi GSF yang merupakan sebahagian daripada aktivis dari 45 negara yang belayar ke Gaza bagi memecahkan kepungan terhadap wilayah itu.

    Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa peperanangan dan krisis kebuluran dihentikan selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah