29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Selangor zahir takziah kepada keluarga Sister Enda Ryan

    Shopee Sale

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Sekolah Assunta Datin Paduka Sister Enda Ryan, yang meninggal dunia Ahad lalu pada usia 96 tahun.

    Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin. 

    Menurut hantaran di akaun Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan penghargaan terhadap mendiang, yang telah banyak menabur bakti dalam bidang pendidikan dan kebajikan di Malaysia sejak tiba di Tanah Melayu pada 1955.

    “Di atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan, Sultan Selangor telah mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (DSIS) kepada mendiang pada tahun 2007, yang membawa gelaran Datin Paduka,” menurut hantaran tersebut.

    MENARIK:  Tuan Ibrahim harap tanah kebun Musang King diberi kepada belia

    Mendiang Enda Ryan juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Negeri Selangor pada tahun 1990. 

    Mendiang yang lahir pada 30 Dis 1928, di Galbally, Ireland merupakan pengasas dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta di Petaling Jaya dan menjadi warganegara Malaysia pada Oktober 1966.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah