26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Selangor titah ambil tindakan tegas isu penipuan pakej haji

    Shopee Sale

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam di seluruh Malaysia.

    Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda turut menzahirkan dukacita dan kecewa terhadap peningkatan kes penipuan pakej haji yang melibatkan umat Islam di negara ini.

    “Lebih menyedihkan apabila pihak yang mengeksploitasi itu dalam kalangan umat Islam sendiri yang tergamak menipu saudara seagama demi kepentingan peribadi,” titah baginda.

    Baginda menitahkan supaya tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu atau syarikat pelancongan yang menawarkan pakej haji dengan mengambil kesempatan untuk menipu umat Islam.

    MENARIK:  Mahkamah Rayuan gugur istilah ‘jelik’ daripada Akta Komunikasi, Multimedia

    Sultan Sharafuddin turut menyeru umat Islam sentiasa memelihara kesucian ibadah haji dengan memastikan setiap urusan dibuat dengan ejen dan syarikat yang berlesen serta diiktiraf oleh pihak berkuasa untuk mengendalikan urusan haji dan umrah.

    Dalam masa yang sama, baginda turut mendoakan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur dan seterusnya kembali ke tanah air dengan selamat.

    “Sempena Aidiladha kali ini, diharapkan sekalian umat Islam mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah SWT dan melaksanakan ibadah korban demi membantu yang miskin serta menginsafi nasib golongan yang lebih daif,” titah baginda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah