33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DAP N Sembilan kekalkan lebih separuh penyandang sebagai calon PRN

    Shopee Sale

    DAP Negeri Sembilan akan mengekalkan lebih separuh daripada penyandang sedia ada sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dalam usaha mempertahankan rekod cemerlang memenangi semua kerusi yang ditandingi sejak 2013.

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata senarai calon parti itu kini di peringkat akhir dan pengumuman akan dibuat dalam tempoh beberapa hari lagi.

    Beliau berkata parti itu juga berhasrat menampilkan beberapa muka baharu pada pilihan raya kali ini bagi mempertahankan 11 kerusi dimenangi pada PRN lepas.

    “Senarai calon akan diumumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada mereka membuat persiapan dan menyesuaikan diri dengan kawasan yang bakal ditandingi, khususnya calon baharu.

    “Mana-mana wakil rakyat yang digantikan perlu membantu serta menyokong calon baharu bagi menjamin kemenangan dan mengekalkan kekuatan parti,” katanya selepas merasmikan Skrin Elektronik Lobak di Dataran Lobak di Seremban hari ini.

    MENARIK:  Kes kecuaian HKL: Mahkamah perintah kerajaan bayar RM2.28 juta

    Sebelum ini, Loke yang juga Pengerusi DAP negeri itu dilaporkan berkata beliau akan mempertahankan kerusi DUN Chennah pada PRN kali ini.

    Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN Negeri Sembilan berkuat kuasa pada 5 Jun bagi memberi laluan kepada PRN yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

    PRN Negeri Sembilan 2023 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan BN membentuk kerajaan negeri selepas menguasai 31 daripada 36 kerusi DUN.

    PH memenangi 17 kerusi dan BN memperoleh 14 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi.

    Negeri Sembilan menjadi negeri kedua membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN selepas Johor berbuat demikian pada 1 Jun.

    Dalam pada itu, Loke berkata setakat ini DAP Johor belum menyerahkan senarai penuh nama calon mereka untuk dimuktamadkan bagi menghadapi pilihan raya itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah