33.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami isteri maut dalam kemalangan di Batu Pahat

    Shopee Sale

    Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 128.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Yong Peng, pagi semalam.

    Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata mangsa Mohamad Shahrul Nizam Mohd Ali, 24, dan isterinya Norshuhada Kartika Razak, 23, meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala.

    Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dinaiki pasangan suami isteri itu hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang besi jalan hingga berpusing serta melintang di tengah jalan.

    "Kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berada di belakang juga dalam arah sama, tidak sempat mengelak dan terus melanggar kereta tersebut hingga mengakibatkan pasangan suami isteri yang berada dalam kereta mengalami kecederaan parah di kepala.

    MENARIK:  ULASAN | Askar wataniah bukan sekadar pasukan simpanan

    "Mereka yang beralamat di Kota Tinggi itu kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu SUV berusia 50 tahun mengalami kecederaan di bahagian dada dan kini menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Shahrulanuar Mushaddat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah