27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SPRM hadir di pejabat BAM

    Shopee Sale

    Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke pejabat badan induk itu di Kuala Lumpur minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.

    BAM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya memberikan kerjasama penuh kepada pegawai-pegawai SPRM yang telah menjalankan tugas mereka secara profesional.

    Sebelum ini, sebuah portal melaporkan maklumat daripada individu yang tidak diketahui telah mencetuskan siasatan terhadap dakwaan seorang pegawai tertinggi BAM menerima elaun tambahan tanpa kelulusan lembaga, yang berkemungkinan melanggar undang-undang antirasuah.

    MENARIK:  Pemilihan CEC: DAP lantik firma audit antarabangsa jadi 'SPR'

    Portal itu turut melaporkan Pemangku Presiden BAM Datuk V. Subramaniam dan Setiausaha Agung Datuk Kenny Goh, mungkin akan dipanggil untuk memberikan kenyataan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah