29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemilihan CEC: DAP lantik firma audit antarabangsa jadi ‘SPR’

    Shopee Sale

    DAP memberi jaminan proses pengundian jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu pada Ahad ini akan berlangsung secara bersih, telus dan adil dengan pengawasan ketat badan audit bebas antarabangsa yang dilantik sebagai pengendali rasmi.

    Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Steven Sim, berkata badan audit bebas itu akan bertindak sebagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pengundian tersebut.

    Pada masa sama, dia menolak dakwaan bekas Adun Bagan Dalam, M Satees, yang mendakwa wujud amalan politik wang atau cubaan membeli perwakilan dalam pengundian CEC kali ini.

    "Saya yakin dengan budaya DAP, perwakilan dan ahli bahawa tiada perkara seperti itu (politik wang dan beli perwakilan)," kata Sim.

    Dia yang juga Menteri Sumber Manusia berkata demikian kepada pembeirta selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan TalentCorp bagi menjayakan Jelajah Wanita MyWIRA di Shah Alam hari ini.

    MENARIK:  AS tetap hormat hak Malaysia tumpu kepentingan ekonomi

    Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

    Sim yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata tuduhan yang dilemparkan Satees adalah tidak berasas memandangkan dia bukan lagi ahli DAP.

    "Dia bukan sahaja bekas Adun, tetapi bekas ahli. Jadi bagaimana dia boleh dapat maklumat semua itu?

    “Beliau bukan ahli parti dan boleh cakap apa sahaja, kalau hendak pergi ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) itu hak dia," katanya.

    Pemilihan DAP pada kongres kebangsaan kali ke-18 itu berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam akan menyaksikan 70 calon merebut 30 jawatan dalam CEC.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah