23.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Solidariti untuk Palestin, ribuan berarak ke Kedutaan AS

    Shopee Sale

    Ribuan hadirin tidak menghiraukan cuaca panas untuk berarak di Kuala Lumpur tengah hari ini bagi menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin yang berdepan serangan regim Israel.

    Hadirin himpunan anjuran PAS dan disokong beberapa kumpulan lain ini pada mulanya berkumpul di masjid As-Syakirin KLCC sebelum mula berarak ke arah Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, yang berjarak kira-kira dua kilometer.

    Kebanyakannya mengibarkan bendera Palestin dengan laungan “Hidup, Hidup, Hidup Palestin” and “Hidup Hidup, Hidup Hamas” bergema sepanjang perarakan.

    Turut bersama-sama mereka adalah ahli politik antaranya Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakarian, bekas ahli Parlimen Tian Chua dan Mukhriz Mahathir.

    MENARIK:  Selangor pertimbang cuti peristiwa jika mucul juara keseluruhan Sukma - Exco

    Himpunan hari ini diadakan sempena genap setahun peranang yang tercetus sejak 7 Oktober lalu, yang setakat ini mencatatkan lebih 42,000 korban rakyat Palestin.

    Kira-kira 100 anggota polis, dibantu sukarelawan Unit Amal PAS, dilihat memantau keadaan dan mengawal jalan raya sepanjang perarakan.

    [Berita lanjut menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah