26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Skandal rasuah Sabah: Dua Adun, ahli perniagaan akan didakwa

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan hanya dua Adun Sabah bersama seorang ahli perniagaan akan didakwa terkait skandal rasuah di negeri itu.

    Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata ketiga-tiga mereka akan dituduh pada 30 Jun ini di Kota Kinabalu.

    Menurutnya, semua mereka akan dituduh bersama di bawah Seksyen 16A dan 16B Akta SPRM.

    "Kes membabitkan Adun Sabah, seperti sedia maklum adalah (didakwa) pada 30 Jun ini, di Mahkamah Rasuah Kota Kinabalu, membabitkan dua Adun dan seorang ahli perniagaan," katanya.

    Bagaimanapun Azam enggan menjawab jika ada individu lain akan didakwa atau ada tangkaan baru selepas ini.

    MENARIK:  Hak bicara adil Yong kes rogol terjejas? Peguam persoal penggunaan Seksyen 265A

    “Setakat ini timbalan pendakwa raya (DPP) bersetuju untuk menuduh ketiga-tiga mereka, dan yang lain-lain terpulang kepada kuasa timbalan pendakwa raya untuk membuat keputusan," katanya pada sidang media bulanan SPRM di Putrajaya, hari ini.

    Kelmarin, seorang lagi Adun Sabah ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima suapan kira-kira RM150,000 membabitkan pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.

    Pada 20 Jun lalu Malaysiakini melaporkan salah sorang menteri Sabah antara tiga individu yang dijangka akan didakwa atas skandal rasuah lesen perlombongan mineral, yang menggegarkan negeri itu sejak ia didedahkan tahun lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah