29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Singapura arah Meta sekat video lelaki pijak al-Quran

    Shopee Sale

    Pihak berkuasa Singapura mengarahkan Meta menyekat akses kepada beberapa catatan media sosial yang memaparkan seorang lelaki memijak al-Quran dalam sebuah bas awam.

    Dalam kenyataan bersama, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) menyifatkan video itu sebagai menghina agama Islam.

    Menteri Negara Kanan di MHA, Dr Faishal Ibrahim, berkata Singapura tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang ancaman yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara itu.

    “Singapura tidak mempunyai toleransi terhadap ancaman ke atas keharmonian kaum dan agama dan pesalah akan ditangani dengan pantas serta tegas,” katanya.

    MENARIK:  Tiada pilih kasih dalam siasatan kes 3R - Saifuddin

    Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan semula klip video tersebut walaupun dengan tujuan mengecamnya.

    “Perbuatan menyebarkan semula klip itu tetap menyumbang kepada penyebaran kandungan yang menghina agama,” ujarnya.

    Video tersebut sebelum ini tular beberapa hari lalu dan dikenal pasti berlaku di Singapura pada 2024.

    Menurut MHA dalam kenyataan pada 8 Mac, walaupun video asal telah dipadamkan, ia kemudiannya dimuat naik semula dan terus dikongsi di platform media sosial lain.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah