Jabatan Imigresen (JIM) memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang terlibat dalam ‘sindiket visa perubatan’ untuk membawa masuk warga asing ke negara ini.
Komitmen itu diberikan beberapa jam selepas Malaysiakini mendedahkan siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) terhadap pegawai-pegawainya.
“Tindakan tegas akan diambil, tanpa mengira pangkat atau jawatan,” kata Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban
Awal petang ini, memetik sumber, portal ini melaporkan EAIC menyerbu bahagian visa pejabat imigresen minggu lepas, merampas dokumen dan mengambil keterangan pegawai JIM.
EAIC merupakan badan berkanun persekutuan yang ditubuhkan, antaranya, bagi menyiasat aduan salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan.
[Berita penuh menyusul]





