26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Siasatan kes kematian Beng Hock kini NFA

    Shopee Sale

    Polis kini dikatakan telah mengklasifikasikan siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

    Jemputan akhbar daripada Yayasan Teoh Beng Hock berkata polis menyampaikan maklumat berkenaan status NFA berkenaan kepada peguam keluarga Teoh, Ramkarpal Singh, semalam.

    Keluarga itu akan mengadakan sidang media mengenai perkembangan terkini kes tersebut esok.

    Pada 2009, Teoh yang juga pembantu Adun Seri Kembangan ketika itu, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati selepas disoal siasat semalaman di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

    MENARIK:  FBI: Thomas Matthew Crooks suspek penembak Trump

    Ketika itu agensi antirasuah berkenaan beribu pejabat di Plaza Masalam di Shah Alam.

    Suruhanjaya Siasatan Diraja 2011 memutuskan dia didorong untuk membunuh diri kerana soal siasat yang agresif.

    Bagaimanapun, pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan kematian Teoh disebabkan atau dipercepatkan oleh perbuatan yang menyalahi undang-undang, termasuk pegawai SPRM.

    Pada 21 Nov tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan polis menyelesaikan siasatan kematiannya dalam tempoh enam bulan selepas hakim Mahkamah Rayuan Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh ibu bapa Teoh.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah